Wednesday, July 31, 2013

Economic Revolution of Islamic Gold Dinar -Lecture in UIA



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pada 10 November 2009 yang lalu, Prof. Umar Ibrahim Vadillo telah dijemput untuk menyampaikan syarahan bertajuk " THE ECONOMIC REVOLUTION OF THE ISLAMIC GOLD DINAR" yang bertempat di Universiti Islam Antarabangsa. Jemputan ini adalah atas usaha Ass. Prof. Dr. Adi Setia dari Fakulti Sains. Majlis dimulakan dengan ucaptama oleh Cik Saima Arai dari Jepun.

Prof. Umar memulakan syarahan dengan sedikit sejarah mengenai wang kertas "Fiat Money". Diikuti dengan peranan Dinar dan Dirham sebagai matawang masa depan yang akan diterima oleh semua orang.

Secara peribadi saya bersetuju dengan pandangan Prof.Umar Vadillo. Masyarakat kini agak skeptikal apabila ada usaha usaha untuk mengembalikan Dinar dan Dirham.Pelbagai persoalan yang akan diaju seperti:

1) Kalau pakai Dinar dirham, macam mana kita nak berdagang dengan negara luar?

2)Bagaimana dengan sistem tukaran matawang asing?

3) Emas dan Perak berat untuk dibawa dan persoalan keselamatan si pembawa bagaimana pula? Kini ramai orang yang jahat, takut kena rompak.

4)Bagaimana kita nak beli barang dengan menggunakan Dinar dan Dirham?

5)Di mana kita boleh dapatkan Dinar Dirham?

dan pelbagai 1001 persoalan yang bermain di minda setiap orang.

Secara peribadi saya merasakan, kesedaran dan kefahaman masyarakat berkenaan Dinar dan Dirham masih di peringkat awal lagi. Menjadi tanggungjawab cerdik pandai antaranya seperti Prof Umar Ibrahim Vadillo (Penasihat Ekonomi Permodalan Kelantan Berhad), En. Abdul Halim Abdul Hamid (Pensyarah Kewangan dan Ekonomi Islam Universiti Multimedia Melaka), Pn Norizaton Azmin (Pensyarah Kewangan Universiti Multimedia Melaka),Prof Kameel Mydin Meera (UIAM) dan Pn Hjh Nik Mahani (Dinar Kelantan) dalam meneruskan wadah perjuangan menyampaikan ilmu kepada semua lapisan masyarakat.

Sebaliknya, keadaan berbeza di negara jiran kita iaitu Indonesia. Dinar Emas dan Dirham Perak bukan satu perkara asing buat mereka. Rakyat Indonesia telah mula menggunakan Dinar dan Dirham dalam urusan seharian mereka, dari urusan membeli barang-barang keperluan sehinggalah menerima gaji bulanan. Kesedaran ini bermula setelah matawang Rupiah kehilangan nilainya sedikit demi sedikit.

Sebagai contoh, menurut sahabat saya Saudara Krishna Adityangga yang merupakan tenaga pengajar di Sekolah Menengah Tinggi Hamfara, separuh dari gaji bulanan guru -guru dibayar dengan menggunakan Dinar dan Dirham.Masya Allah. Satu permulaan yang sangat baik dalam mengembalikan Dinar dan Dirham. Malah Koperasi Di Sekolah tersebut turut juga menerima Dinar dan Dirham sebagai matawang.

Dan yang paling menarik, usaha mengembalikan Dinar dan Dirham ini berlangsung tanpa mendapatkan pertolongan dan bantuan dari Kerajaan Indonesia. Para alim ulama, kiai kiai dan golongan profesional adalah majoriti terbesar yang menggerakkan dinar di Indonesia.

Begitu juga di Malaysia. Alhamdulillah, di bumi Malaysia yang bertuah ini, kita memiliki ramai cendekiawan dalam ekonomi Islam. Usaha mengembalikan Dinar dan Dirham ini perlu dilakukan oleh pelbagai pihak. Setiap pihak mempunyai peranan masing- masing. Begitu juga kami di Jentayu Emas Trading. Usaha kami yang kecil seperti mengajurkan seminar Dinar dan Dirham, menggalakkan rakan- rakan memilih Dinar atau Dirham untuk dijadikan sebagai Mahar kahwin, menunaikan Zakat dengan menggunakan Dinar dan Dirham, sedekah Jariah , waqaf dan simpanan sebagai alat lindungan nilai.

Malah kami dalam usaha dengan beberapa pihak untuk menjadikan Dinar dan Dirham ini boleh digunakan untuk tabung pendidikan dan tabungan bagi menunaikan Haji. Indonesia telah berjaya mengaplikasikannya apa yang digelarONH (Ongkos Naik Haji).

PERJALANAN SERIBU LANGKAH , BERMULA DENGAN LANGKAH YANG KECIL


Ucaptama oleh Cik Saima Arai dari Jepun.

Prof Umar Ibrahim Vadillo sedang menyampaikan syarahan


Prof Umar Ibrahim Vadillo sedang menyampaikan syarahan

No comments:

Post a Comment