Tuesday, July 30, 2013
Jejah Risalah Di Nusantara - Percikan Nur Hidayah China Islam
1. Tajuk buku yang dibeli dengan wang perak 1 dirham di Seremban dalam satu Perhimpunan NGO Dakwah awal 2013
- Jejak Risalah Di Nusantara (satu penilaian semula kesan kedatangan Islam, zaman pra-islam hingga era pelayaran Muhammad Cheng Ho).
Tulisan oleh Hafidzi Mohd Noor (2007). Penerbit JIM.
2. Diberi prakata oleh Prof.Dr.Mohamed Hatta Shaharom, Naib Presiden/Dekan Kolej Universiti Sains Perubatan, Cyberjaya.
3. M.s. 35: Usaha dakwah di pulau Jawa dipelopori oleh Maulana Malik (Makhdum) Ibrahim atau Jumadil kubra. Beliau merupakan salah seorang Wali Songo (Sembilan). Menurut Umar Hasyim, Makhdum Ibrahim adalah salah seorang putera Bong Tak Keng yang dikirim oleh Laksamana Sam Po Bo (Admiral Cheng Ho) untuk mengepalai masyarakat cina di Campa.
4. M.s.36 : Hamka-Sejarah Umat Islam op.cit.469, Prabu Angka Wijaya (PAW) kemudian berkawin dengan puteri Champa bernama Dara Wati. Dia enggan tinggal bersama Prabu kerana cemburu dengan puteri/gundek(isteri) yang dihadiahkan oleh Kerajaan Cina (Ming). Prabu mengalah dan menyerahkan puteri tersebut kepada (jagaan/diperisterikan) anak beliau Arya Damar (adipati-ketua wilayah Palembang). Ketika itu, puteri china sedang mengandungkan anak Prabu A.Wijaya dan melahirkannya diberi nama Raden Patah.
5. Adipati Arya Damar kemudiannya memperoleh anak dari puteri tersebut yang diberi nama Raden Husen. (Apabila genap umur 20 tahun) Raden Patah dan Raden Husen kemudian dihantar ke Majapahit/Jawa untuk mendalami agama islam bersama Sunan Ampel.
6. Menurut Umar Hashim, Sunan Ampel berketurunan Cina dan nama beliau yang sebenar adalah Bong Swi Hoo. Namun tidak boleh berbahasa cina kerana dibesarkan dalam masyarakat islam Jawa. Pada tahun 1451 , Sunan Ampel meninggalkan masyarakat cina di Bangil dan berpindah ke muara sungai Brantas (Kali Mas) di kampung Ampel dan membentuk masyarakat islam disana.
7. Sunan Ampel telah mengawinkan Raden Patah dengan cucunya. Kemudian dia membawa isterinya kesebuah tempat bernama Bintara yang terletak di utara Jawa Tengah. Sebenarnya ini adalah perancangan Wali Songo untuk menjadikan Bintara sebagai pusat pengembangan islam. Disana Raden Patah digelar 'Al-Fattah' (Pembukaan/Kemenangan) dan Bintara kemudiannya dinamakan Demak. Disinilah didirikan Masjid Demak yang terkenal itu.
8. Nota kaki 15: Menurut Umar Hashim, Arya Damar juga adalah seorang Kapitan Cina di Palembang bernama Swan Liong. Sunan Ampel dihantar oleh datuknya Bong Tak Keng ke Palembang untuk membantu Arya Damar (sebagai adipati, pemerintah wilaya).
9. Ms.38: Setelah kematian Sunan Ampel, Raden Patah mendapat pandangan berbeza dari Sunan Giri yang menganggap tidak mungkin Demak bertuan (tunduk) kepada Majapahit (yang masih kafir) untuk menegakkan islam....akhirnya keputusan dibuat untuk menyerang Majapahit. Tentera Demak dipimpin oleh seorang lagi Wali Songo iaitu Sunan Qudus. Kebijaksanaan Raden Husen telah berjaya mengelakkan pertempuran antara kedua pihak selama 4 tahun.
10. Ms 38, op.cit.21: menurut sumber Cina, Sunan Giri juga adalah cucu kepada Bong Tak Keng yang dikirim oleh Laksamana Cheng Ho ke Champa.
11. ms.40: Ternyata islam mengembangkan pengaruhnya keseluruh nusantara dengan dakwah dan qudwah(contoh/model). Kekuatan pedang dimedaan perang tidak dapat menandingi kekuatan tabligh dimedan dakwah. Akhirnya empayar Majapahit (hindu) yang gah dizaman Patih Gajah Mada dan Hayam Wuruk dapat dialahkan oleh kerajaan Islam yang baru berdiri di Demak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment